Ketika bayi baru dilahirkan, mindanya adalah jernih, bersih dan belum lagi menerima system yang tertentu.
Seorang bayi adalah ibarat kain putih di mana ibu bapa yang akan
mewarnakannya. Jadi , factor pertama yang menentukan system yang mula
bercambah di dalam minda anak-anak ialah pengaruh IBU BAPA Dan
Keluarganya. Apa yang didengari oleh bayi setiap hari akan terprogram di
dalam mindanya.
Ada pengkaji
yang mengatakan bahawa masa yang terbaik mengajar anak kecil memahami
dan bertutur dalam pelbagai bahasa adalah semasa ia masih bayi kerana
kemampuan untuk mindanya menerima semua itu adalah pada tahap maksima.
Begitu jugalah jika ibu bapa bertengkar di hadapan bayi, walaupun anda
sangka bayi itu mungkin tidak faham tentang butir pertengkaran anda atau
bayi itu sedang lena tidur, ia masih terprogram di dalam mindanya. Ibu
yang menonton TV sambil meriba bayi juga memperngaruhi proses minda bayi
tersebut.
No comments:
Post a Comment