Ketahui Cara Mengawal Penyakit Kencing Manis Dan Bagaimana Untuk Mengatasi (Mesti Baca!)
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap
gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah
berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan
melakukan beberapa perkara seperti di bawah. Ini adalah cara mengawal
kencing manis. Sangat Penting!
Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya
pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah
dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga
menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman
perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap
gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan
ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri
terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau
jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan
awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti
dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis
memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan
bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu
menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus.
Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan
perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga
85 peratus.
Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi
kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar
berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.
P/S : Kencing
manis boleh terjadi sekiranya kita tidak mengawal cara pemakanan yang
seimbang. Elakkan maka secara berlebihan seperti makanan
berkarbohidrat,gula dan sebagainya. Selalulah bersenam ye!
No comments:
Post a Comment