Thursday 12 December 2013

Tips Penjagaan Ketika Hamil (terutama pada yang baru mula menjadi IBU)

1. Makan makanan yg seimbang 

- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

2. jaga tingkah laku,jaga amalan

- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah.  Mengucapkan kata-kata yang baik selalu.  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.

3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 

- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti.  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.


4. Jaga pantang larang 

- Berpantang makan yang berbisa dan tajam.  Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan.  Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing.  Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.

5. Elakkan tekanan

- Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban.  Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.

Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah. Disini, “Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)”, “Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )”, “Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”, “Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”, “Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”, “Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”, “Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”, “ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”, “Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”, “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.

Monday 25 November 2013

Bahan-bahan untuk pertukaran catheter (tiub saluran kencing)


bahan-bahan :
KY jelly
syringe
neddle
catheter
sterile water / water for injection
urinary drainage bag with hanger



Penting untuk diambil perhatian!!! Tiga kali (1/2)

YB Dr Daroyah Alwi wrote:

Assalam..
Sy nak kongsi very good tips - bg yg terbangun dr tidur utk buang air...... baca ya!

Penting untuk diambil perhatian!!!
Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.
Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Knapa "3?1/2 minit" amat
penting?
Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1.Bila terbangun drpd tidur jgn trus turun dri katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil utk tempoh
1/2 minit;

3.Turunkan kaki, duduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tdk akan anaemic dan jantung tdk akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam utk buang air kecil, di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil, punggungnya mengalami luka2..
Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is caring.

Wednesday 6 November 2013

JOM TENGOK KHASIAT PISANG!

Pisang
Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Rujuk:
"Pakar Nutrisi Sihat"

Thursday 17 October 2013

MINDA Seorang Bayi.

Ketika bayi baru dilahirkan, mindanya adalah jernih, bersih dan belum lagi menerima system yang tertentu.

Seorang bayi adalah ibarat kain putih di mana ibu bapa yang akan mewarnakannya. Jadi , factor pertama yang menentukan system yang mula bercambah di dalam minda anak-anak ialah pengaruh IBU BAPA Dan Keluarganya. Apa yang didengari oleh bayi setiap hari akan terprogram di dalam mindanya.

Ada pengkaji yang mengatakan bahawa masa yang terbaik mengajar anak kecil memahami dan bertutur dalam pelbagai bahasa adalah semasa ia masih bayi kerana kemampuan untuk mindanya menerima semua itu adalah pada tahap maksima.

Begitu jugalah jika ibu bapa bertengkar di hadapan bayi, walaupun anda sangka bayi itu mungkin tidak faham tentang butir pertengkaran anda atau bayi itu sedang lena tidur, ia masih terprogram di dalam mindanya. Ibu yang menonton TV sambil meriba bayi juga memperngaruhi proses minda bayi tersebut.

raqilla home nursing ipoh

alhamdullilah,Raqillqa home nursing mula mendapat perhatian dari orang ramai,perkhidmatan kami yang efisien dengan bayaran yang berpatutan,kami sedia membantu masyarakat mengatasi masalah perawatan pesakit yang terlantar dari segi kebersihan diri,cuci luka,menukar tube kencing,tiub salur makanan dan penjagaan ibu lepas bersalin.Kami sedia membantu,hubungi kami ditalian 0165385159 atau 0133730674

ADAKAH IBU-IBU BERPUASHATI DENGAN PENAMPILAN DIRI SELEPAS BERSALIN?

Penjagaan selepas kelahiran (postnatal) bermula selepas bersalin sehingga 44 hari. Kepentingan penjagaan postnatal adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

Dalam tempoh ini, pemakanan, penyusuan susu ibu dan kaedah merancang keluarga perlu diberikan perhatian.

Ramai ibu moden menganggap penjagaan ni remeh lalu meninggalkan rutin ini tanpa menyedari keburukkannya kelak.

ADAKAH IBU-IBU BERPUASHATI DENGAN PENAMPILAN DIRI SELEPAS BERSALIN?
Penjagaan selepas kelahiran (postnatal) bermula selepas bersalin sehingga 44 hari. Kepentingan penjagaan postnatal adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

Dalam tempoh ini, pemakanan,senaman, penyusuan susu ibu dan kaedah merancang keluarga mesti diberikan perhatian.

Ramai ibu moden menganggap penjagaan ni remeh lalu meninggalkan rutin ini tanpa menyedari keburukkannya kelak.

Antara penyakit yang dihidapi oleh ibu moden ini............

adalah seperti bisa tulang, bisa badan, kebas dan bengkak otot dan sendi, sakit pinggang dan ari-ari, keluluran rahim, hakisan mulut rahim, keluaran atau lelehan berlebihan, ketumbuhan pintu rahim, longgar saluran sulit, tiada daya kemutan, lemah tenaga batin dan dingin.

APAKAH TIP-TIP UNTUK MENGATASINYA????

tip penjagaam ibu dalam pantang

Tip penjagaan ibu dalam pantang,untuk pengaliran air susu banyak,ibu digalakkan mengambil pemakanan yang tinggi kandungan protin.contoh,jika ikan mesti 3 ekor sederhana besar,untuk satu hari,minum susu tepong sekurang kurang empat kali sehari

Monday 30 September 2013

Bad Sore

punca : baring terlalu lama tanpa di alih

selalu terjadi pada pesakit yang koma

cara bendung sebelum kena : selalu mengubah posisi pesakit..jangan biarkan terlalu lama untuk 1 posisi..

kawasan yg berisiko terjadi : bahagian punggong (kawasan yg ini mendapat tekanan dari berat badan dan perngaliran darah tidak berjalan dengan lancar)
 

 

Wednesday 18 September 2013

8 Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

8 Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

Lambang Penyakit Kencing Manis

Definisi Penyakit Kencing Manis.

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap Penyakit kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.
8 Tanda-Tanda penyakit Kencing Manis

Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 1 – Keturunan

Perlukah saya menjalani ujian penyakit kencing manis?. Jawapannya Ya, jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit kencing manis. Kurang bersenam, pengambilan makanan dengan kadar yang besar, makan makanan yang tinggi kandungan gula, adalah faktor yang mengundang penyakit kencing manis. Tahukah anda bilangan rakyat Amerika dengan Penyakit Kencing Manis tahap 2 adalah 21 juta orang.

Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 2 – Anda Berlebihan Berat Badan

Walaupun mengalami hanya 10 hingga 15 pound berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes tahao 2. Jika anak anda adalah berlebihan berat badan, pastikan doktor menjalankan pemeriksaan keatasnya, kerana Penyakit Kencing Manis tahap 2 semakin meningkat pada anak-anak. Berita-berita yang menggalakkan ialah bahawa kehilangan hanya 5% hingga 7% berat badan anda boleh mengurangkan risiko diabetes, menurut penyelidikan dari Program Pencegahan Penyakit Kencing Manis. Ujian biasanya melibatkan saringan darah anda untuk paras glukosa (gula) tinggi. Jika tahapnya sudah terlalu tinggi, anda boleh mempunyai Penyakit Kencing Manis sama ada tahap 1 atau tahap 2.
Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 3 – Kerap Kencing
Awas!!! jika anda kerap kencing. “Jika badan anda tidak membuat insulin yang cukup [hormon yang membawa glukosa ke dalam sel-sel anda untuk memberikan mereka tenaga],” apa yang boleh berlaku dengan Penyakit Kencing Manis tahap 1 atau 2, “glukosa membina dalam aliran darah anda dan keluar dalam air kencing anda, “jelas Janet Silverstein, MD, ketua pediatrik endokrinologi di Universiti Florida. Oleh kerana anda kerap membuang air kecil, anda sering berasa sangat dahaga dan minum lebih dari biasa.
Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 4 – Penglihatan Kabur
Paras gula dalam darah tinggi menyebabkan glukosa terbina dalam kanta mata anda, menjadikannya lebih sukar untuk anda memberi tumpuan. Ini mungkin juga bermakna bahawa anda mempunyai Penyakit Kencing Manis tahap 1 atau tahap 2.
Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 5 – Turun Berat Badan Tanpa Sebab
Ini biasanya tanda-tanda Penyakit Kencing Manis tahap 1, tetapi ia kadang-kadang berlaku pada tahap 2. Apabila badan tidak boleh membuat insulin, glukosa (gula) daripada makanan, jadi glukosa tidak boleh digunakan oleh sel-sel badan untuk tenaga atau disimpan, kata Dr. Silverstein. Di samping itu, ini yang menyebabkan pemecahan lemak, membuat anda menurunkan berat badan yang lebih.
Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 6 – Lingkaran Gelap Pada Leher
Apabila badan anda mula mengepam keluar terlalu banyak insulin dari biasa dengan Penyakit Kencing Manis tahap 2, reseptor di dalam lipatan kulit bertindak balas dengan membuat pigmen tambahan. Ini mewujudkan lingkaran hitam pada leher.
Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 7 – Jangkitan Yis Berulang (Wanita)
Ini boleh berlaku dengan Penyakit Kencing Manis tahap 1 atau 2, kerana Pembentukan glukosa boleh menyebabkan pembesaran yis. Gejala yang sering berlaku termasuk gatal faraj dan lelehan tebal. Perlu diingat bahawa kanak-kanak mungkin mendapat ruam lampin, dan kanak-kanak lelaki mungkin mendapatkan urethritis, jangkitan yis uretra.
Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 8 – Anda Berumur 45 Tahun Atau Lebih.

Risiko Penyakit Kencing Manis akan meningkat dengan usia, jadi Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan mendapat pemeriksaan sekurang-kurangnya setiap tiga tahun bermula pada berusia 45 tahun.

Monday 9 September 2013

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

kepentingan mknan seimbang!!

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.



 
 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)




Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

    Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
    Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
    Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
    Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
    Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
    Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.


5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

Tuesday 27 August 2013

MENCEGAH KANSER MELALUI PEMAKANAN

Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.
Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.
Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan.
Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.
Apa itu diet beralkali? Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.
Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.
Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.
Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.
Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.
Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.
Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.
Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.
Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.
Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.
Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.
Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.
Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.
Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.
Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan
1. Daging merah
Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.
Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.
Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.
2. Gula
Gula adalah ‘hayat kanser’. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.
Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.
Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.
3. Garam
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.
4. Makanan laut cengkerang
Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.
5. Kopi, teh, coklat
Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.
Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.
Click Here
6. Makanan cuka tinggi
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.
7. Makanan berminyak
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.
8. Hindari alkohol
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.
9. Makanan kandungan lemak tinggi
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.
Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.
Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa sakit menelan atau mengunyah.
Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih tertekan.
Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera.
Apabila makan, badan menjadi kuat untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan kemoterapi.
Kesimpulannya pesakit kanser perlu menyedari kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit.
Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya, ini akan membahayakan.
Ini kerana bila seseorang menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid.
Selain pemakanan seimbang, pesakit kanser mesti mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi, serta mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi.
Nabi Muhammad bersabda “Berubatlah kamu dengan dua perkara – madu dan al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Madu adalah ubat segala penyakit tetapi dengan syarat tidak menjadikan madu atau ubat sebagai pegangan menyebabkan kita sembuh, itu adalah dengan keizinan Allah semata-mata untuk menyembuhkan kita.
Jadi di sini wajar pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat alkalinya yang tinggi.
Kajian saintis barat menunjukkan madu sebagai satu alternatif sihat mengganti gula.
Disebutkan dalam hadis Abu Dzar bahawa Nabi bersabda tentang air zamzam “Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan”.
Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya “Dan penyembuh penyakit”. (Hadis Riwayat Muslim).
Di dalam proses penyembuhan penyakit kanser digalakkan agar pesakit meminum air zamzam sebanyak mungkin.
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ada menganjurkan pakej umrah untuk pesakit dan orang ramai.
Selalunya pesakit yang menyertai pakei umrah ini, selain melakukan perubatan di Tanah Suci, disyorkan meminum air zamzam sebanyak mungkin bagi membantu proses rawatan di samping mengamalkan bacaan ayat al-Quran yang telah diberikan.
Nabi Muhammad SAW bersabda “perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit” (Hadis Riwayat Muslim).
Jadi di sini memang wajar umat Islam mengambil berat tentang jenis makanan dan diet yang diambil setiap hari agar tubuh kita sihat dan dapat menikmati kualiti hidup.
Nabi SAW bersabda “Seorang mukmin yang sihat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah….” (Hadis Riwayat Muslim).
Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Perkhidmatan

Raqilla Home Nursing menyediakan lawatan ke rumah anda untuk memberi perkhidmatan penjagaan ibu & anak lepas bersalin mengikut pakej.
Penjagaan ibu- pemeriksaan fizikal keseluruhan dari kepala kekaki.
Mandian herba, lulur, tangas, Urutan tradisional, bertungku dan berbengkung.

Penjagaan anak- pemeriksaan fizikal keseluruhan, mandi bayi, cuci dan terapi urutan bayi.

Syarikat kami juga memberi khidmat nasihat secara percuma berkaitan perancang keluarga, pemakanan semasa pantang, imunisasi dan pengurusan uri.

Perkhidmatan physioterapi kepada kes-kes stroke, selepas kemalangan juga disediakan.

Raqilla Home Nursing menyediakan kursus pendek urutan tradisional kepada sesiapa yang berminat.

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

" selamat mencuba "

Friday 23 August 2013

Vitamin & Supplemen Untuk Kesihatan Ibu Hamil



Vitamin dan suplemen untuk ibu hamil memberi nutrien dimana badan anda perlukan untuk mengekalkan kesihatan anda. Anda boleh mendapatkan vitamin melalui makanan seperti buah-buahan, sayuran, susu, daging, ikan dan sebagainya.
Ia mungkin sukar untuk sesetengah orang untuk mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi dalam pemakanan harian mereka terutamanya ibu hamil. Oleh itu, multi vitamin dan supplemen untuk ibu hamil dirumuskan khas yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, asid folik, besi, kalsium dan DHA adalah amat penting untuk keperluan seharian ibu hamil.


Apakah Vitamin dan Supplemen Yang Penting Untuk Kesihatan Ibu Hamil?

Asid Folik (Folic acid)
• Asik folik membantu mencegah kecacatan kelahiran otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh melindungi ibu hamil terhadap kanser dan strok.
• Ibu hamil perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 600 mikrogram setiap hari dari makanan dan vitamin tambahan.

Besi (Iron)
• Besi membantu perkembangan otot-otot kepada ibu hamil dan bayi.
• Ia juga membantu mencegah anemia (sel-sel darah merah terlalu kecil dan terlalu sedikit).
• Besi juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah.

Kalsium (calcium)
• Kalsium membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi.
• Ia juga membantu sistem saraf, otot dan mengekalkan sistem peredaran darah yang sihat.
• Jika ibu hamil tidak mendapat kalsium yang mencukupi dari makanan, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dia dan memberikannya kepada perkembangan bayi.
• Dari semasa ke semasa, kekurangan kalsium dalam tulang boleh menyebabkan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, tulang nipis dan meningkatkan risiko tulang pecah.


Asid Docosahexaenoic (DHA)
• DHA juga dikenali sebagai asid omega-3 lemak. Ia membantu menyokong dan perkembangan saraf otak dan mata bayi.
• Ibu hamil perlu mendapatkannya sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari.

NOTA:
• Sebelum anda mengambil vitamin dan suplemen untuk ibu hamil, anda harus meminta nasihat daripada doktor anda sama ada anda perlu ataupun berapa banyak yang anda perlu mengambil.
• Sesetengah vitamin adalah berbahaya untuk diambil semasa hamil. Dos yang terlalu banyak kadang-kadang berisiko kepada bayi anda. Sebagai contoh, pengambilan vitamin A yang terlalu banyak semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

Thursday 15 August 2013

PEJAGAAN JANTUNG

Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Sayangi Jantung Anda

SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS:

Sabuah artikel yang sangat baik dan hanya mengambil masa dua minit untuk anda membaca.

Serangan Jantung dan Minum Air Panas.

Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.

Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ...

Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.

Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ...

Kardiologi A berkata, jika semua orang yang membaca pos ini berkongsi kepada 10 orang rakan, anda yakinlah bahawa kita akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca & Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa... Jadi, sila menjadi rakan yang baik dan berkongsi artikel ini untuk semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang jantung anda.

Tapi janganlah lupa hidup dan mati adalah ketentuanNya jua.

Wednesday 14 August 2013

CARA MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS

Ketahui Cara Mengawal Penyakit Kencing Manis Dan Bagaimana Untuk Mengatasi (Mesti Baca!)

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah. Ini adalah cara mengawal kencing manis. Sangat Penting!

Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan Doktor dan Ubat

Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

P/S : Kencing manis boleh terjadi sekiranya kita tidak mengawal cara pemakanan yang seimbang. Elakkan maka secara berlebihan seperti makanan berkarbohidrat,gula dan sebagainya. Selalulah bersenam ye!

Tuesday 13 August 2013

Tip Kesihatan

Sudah tentu anda tidak mahu jatuh sakit, bukan? Maka itu anda MESTI menjaga kesihatan diri setiap hari! Tip mudah menjaga kesihatan diri adalah:
1.Banyak minum air masak atau sudah ditapis. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
2.Makan dan minum makanan atau minuman yang terjamin kebersihannya, iaitu tidak terdedah kepada lalat atau serangga lain.
3.Jangan membeli makanan dan minuman yang dijual penjaja di tepi jalan, yang kotor dan berhabuk.
4.Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Paling mudah ialah dengan berjalan cepat atau berjoging, menunggang basikal, dan bermain badminton.
5.Cuci tangan dengan sabun selepas ke tandas, sebelum makan dan selepas makan. Cuci mengikut teknik yang sempurna.
6.Jangan mengorek atau memasukkan okjek ke dalam telinga mahupun hidung.
7.Dapatkan rawatan doktor jika terkena sakit kulit seperti kudis, kurap dan kulat.
8.Tidur secukupnya dan jangan tidur lewat kerana tidur lewat menyebabkan pelbagai masalah pada tubuh.

Thursday 1 August 2013

Pesakit Stroke


 Membawa pesakit keluar rumah untuk menghirup udara segar.
Jururawat kami sedang memeriksa tekanan darah pesakit.
Jururawat kami sedang mengajar cara-cara melakukan senaman ringan kepada pesakit.

Penyakit : stroke


Monday 8 July 2013

WAKTU BERKERJA

WAKTU BERKERJA

ISNIN - KHAMIS : 8.00 A.M - 1.00 P.M
                                 1.00 P.M - 2.00 P.M (REHAT)
                                 2.00 P.M - 5.00 P.M

JUMAAT                : 8.00 A.M - 12.30 P.M
                                12.30 P.M - 2.30 P.M (REHAT)
                                2.30 PM - 5.00 P.M

SABTU & AHAD  : CUTI

Friday 5 July 2013

SIAPA YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI

SIAPA??

  1. Ibu-ibu selepas bersalin.
  2. Pesakit yang discaj dari hospital yang memerlukan penjagaan dan rawatan yang berterusan.
  3. Orang-orang tua, dimana anak-anak terlalu sibuk dan susah untuk mendapatkan cuti bagi menjaga mereka.
  4. Pesakit diabetes, orang-orang tua yang menerima rawatan secara suntikan. Kami boleh memberi suntikan dan memantau tahap gula dalam darah.
  5. Pesakit-pesakit yang ada luka akibat kencing manis, kemalangan jalan raya, kudis tekanan (bed sore)
  6. Pesakit lumpuh.