Monday 3 February 2014

MENGHINDARI KEMURUNGAN

Menghindari Kemurungan

Selepas bersalin, anda mungkin merasa letih lesu, tidak selesa dan kurang tidur. Langkah berikut boleh membantu anda mengatasi kemurungan:
• Dapatkan tidur secukupnya.
Kekurangan tidur boleh memburukkan lagi keadaan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur menyebabkan pusat emosi dalam otak menjadi 60% lebih reaktif. Jadi, carilah masa untuk berehat. Melelapkan mata walau sepuluh minit sekalipun dapat menceriakan anda.
• Bercakap dengan suami.
Jangan malu untuk berkongsi perasaan anda dengan suami. Bila anda berkongsi apa yang anda rasakan, anda akan merasa kurang tertekan. Malah, anda boleh menyertai kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan boleh membantu anda menangani perasaan tertekan dan meluahkan perasaan dan emosi anda dalam suasana yang berpendidikan dan sentiasa memberi sokongan.
• Menangislah jika anda ingin.
Jika anda rasa ingin menangis, menangislah sepuas hati. Menangis adalah satu bentuk komunikasi. Sama ada anda percaya atau tidak, menangis adalah satu terapi yang boleh membantu anda melegakan ketegangan dan tekanan. Menahan perasaan hanya akan memanjangkan kemurungan.
• Makan makanan yang sihat.
Apa yang anda makan boleh mempengaruhi mood anda. Hasil kajian menunjukkan bahawa makanan dengan kandungan omega-3 yang tinggi seperti kacang soya, walnut, tauhu dan sardin boleh menaikkan mood anda.
Bagaimana Kalau Kemurungan
Bertambah Buruk?
Jika kemurungan tidak hilang dalam dua minggu, besar kemungkinan anda akan mengalami sesuatu yang lebih teruk, dinamakan tekanan lepas bersalin atau kemurungan postnatal. Segera dapatkan bantuan perubatan kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia boleh membawa kesan negatif dan memburukkan keadaan hingga menjejaskan pengalaman anda sebagai ibu.

KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN ( MEROYAN )

Kemurungan selepas bersalin, 
Juga dikenali sebagai ‘angin meroyan’, adalah satu bentuk tekanan yang biasa dialami oleh ibu yang baru melahirkan bayi. Ia biasanya dialami dalam masa dua minggu pertama selepas bersalin. Tetapi ingatlah bahawa angin meroyan bukan suatu penyakit dan ia akan hilang dengan sendirinya.

Apakah Puncanya?
Punca sebenar angin meroyan tidak diketahui, tetapi ramai percaya bahawa perubahan fizikal dan hormon yang dramatik dalam badan ibu mungkin mencetuskan perubahan kimia dalam otak yang mengakibatkan kemurungan.

Suami Patut Ingat!
Gejala angin meroyan tidak begitu teruk, tetapi ia boleh membawa mudarat kepada isteri anda. Wanita yang umumnya merasa rendah diri, kekurangan sokongan emosi, dan mempunyai tanggapan salah terhadap peranan sebagai ibu lebih berisiko mengalami kemurungan selepas bersalin. Awasi gejala berikut jika anda rasa isteri anda mengalami angin meroyan:
• Merasa tertekan
• Sukar tidur
• Tidak gemar melakukan aktiviti yang menyeronokkan
• Merasa serba kekurangan sebagai ibu
• Lesu

PERUBAHAN PADA BADAN SELEPAS BERSALIN

Perubahan pada badan selepas bersalin

Badan anda akan mengalami pelbagai perubahan setelah bersalin. Namun, jangan terlalu bimbang kerana kesemua perubahan ini adalah normal. Berikut adalah beberapa perubahan yang mungkin akan terjadi pada diri anda:
• Rahim anda akan mengecil kepada saiz yang asal. Oleh sebab itu, anda mungkin akan merasa sakit di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari. Jangan risau kerana ini menunjukkan bahawa badan anda sedang kembali pulih.
• Semasa 3-4 hari pertama selepas melahirkan anak, terdapat darah berwarna merah terang (juga dikenali sebagai lokia) yang akan keluar daripada faraj. Darah ini akan perlahan-lahan bertukar ke warna perang, dan kemudiannya kuning dalam masa 10-14 hari. Ini mungkin akan diikuti dengan haid anda.
• Perubahan hormon akan berlaku untuk menyediakan payudara anda untuk penyusuan ibu. Penambahan pengaliran darah mungkin menyebabkan payudara bengkak, menjadi keras dan hangat.

SIGNBOARD

Alhamdulillah..signboard utk rumah penjagaan ibu selepas bersalin telah di pasang di sekitar kawasan manjoi semalam..terima kasih kepada semua yang menyokong kami..muga di murahkan rezeki kalian semua..amin..

PENJAGAAN KESIHATAN PESAKIT

Penjagaan kesihatan pesakit ( mandi, cuci luka, beri makan, cuci kahak )

Penyakit
Stroke
Bad sore
P.E.G ( memberi makan terus ke perut malalui tiub )










RUMAH PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN RAQILLAH

RUMAH PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN RAQILLAH
Kepakaran Kami Menyediakan Perkhidmatan Eksklusif, Membantu Ibu Selepas Bersalin dengan penjagaan rapi ketika berpantang dan bayi baru lahir yang disempurnakan oleh anggota yang berpengalaman, yang berkelulusan di dalam suasana rumah yang selesa saperti di rumah sendiri. 

Perkhidmatan yang di sedia membantu ibu menjalani proses pemulihan dan menjalankan rawatan berpantang lengkap seperti:
• Memeriksa kesihatan ibu dari kepala ke kaki
• Mengambil Tekanan Darah, Nadi, Suhu Badan,
• Memeriksa Tinggi Rahim, Luka Bersalin
• Urutan Tradisional memulihan Badan
• Menyediakan Mandian Herba ibu
• Bertungku
• Melulur Badan
• Mengikatkan Kain Bengkung
• Memakaikan Param
• Masakan Berpantang berkhasiat untuk Ibu
• Minuman Herba dan Akar Kayu
• Membasuh pakaian ibu.
• Memberi Nasihat Kesihatan-Perancang Keluarga
• Mengajar ibu-ibu yang kurang berpengalaman menjaga bayi baru lahir dengan sempurna.
• Mengajar ibu-ibu cara pemberian susu ibu yang betul.
Selain itu, Anggota juga berperanan menguruskan keperluan bayi baru lahir seperti:
• Mandian bayi
• Urutan bayi
• Menidurkan bayi
• Menjaga waktu penyusuan bayi
• Menukar lampin bayi
• Menidurkan bayi di saat ibu-ibu memerlukan rehat yang cukup
• Mengawasi kesihatan dan perkembangan bayi seperti suhu badan,
• Menjaga tali pusat, sakit kuning dll.
• Mengemas ruang bayi dan kelengkapan bayi
• Membasuh pakaian bayi dan kelengkapan bayi

PERKHIDMATAN RAWATAN KESIHATAN


BILIK PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN






ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah moga tahun 2014 lebeh berkat. Raqillah Home Nursing telah mempunyai pejabat sendiri di alamat 114, Jalan Perwira, Lot 1127 Kg Manjoi, Ipoh, Perak.(Berhampiran Pusat Pengajian Al-Barakah).
Selain memberi perkhidmatan kesihatan terus kerumah pelanggan, kami melangkah setapak lagi kehadapan dengan menyediakan rumah penjagaan ibu selepas bersalin. Ibu dan anak akan di jaga sepenuhnya dari segi penjagaan kesihatan, pemakanan, pemulihan kesihatan termasuk urut, bertungku, mandi herba , lulur berbarut serta jagaan lain.