Wednesday 17 December 2014

Assalamualaikum n salam sejahtera.....Raqillah Home Nursing menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi setiap peringkat dari kecil hingga ke warga emas..Sesetengah dari kita ini tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan @ swasta sama ada mempunyai masalah pengangkutan , wang dan sebagainya...Tertubuhnya syarikat kami adalah bertujuan bagi membantu dalam memberi khidmat kesihatan antara khidmat yang kami sediakan adalah seperti :
1. Rawatan luka (dressing) 
2. Penjagaan Kebersihan Pesakit 
3. Penjagaan Saluran Makanan Pesakit 
4. Menukar Salur Getah Air Kencing 
5. Physiotherapy 
6. Pengurusan Stoma 
7. Pakej Penjagaan Dalam Pantang 
    - Urut Tradisional , Mandi Herba , Pertungku & Mandi Anak 
8. Khidmat Nasihat 
   - Perancang Keluarga 
   - Makanan 
   - Penyakit 

Syarikat kami menyediakan perkidmatan dengan caj yang sangat berpatutan dan selesa...Disamping itu juga staff kami adalah yang mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan...anda pasti bepuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan ini...ramai pelanggan yang mempercyai dan memberi komen positif mengenai khidmat jagaan dan caj yang sangat berpatutan sebagai contoh penyakit kencing manis , asma , stroke , ibu mengandung dan lain2 lagi.....Jadi apa tungu lagi pilihlah syarikat yang 100% orang Islam dan terbaik..Sambil mencari Rezeki Dunia Sambil Mengumpul Saham Akhirat...unuk lebih info boleh berhubung terus dengan saya 0165385159 Pn Rustinah untuk lebih info..

Monday 7 July 2014

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan
 dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu...





Kepada anda yang mempunyai ibu bapa yang perlu di tinggalkan semasa anda keluar berkerja Raqillah Home Nursing boleh membantu menjaga di rumah anda olih jururawat . Perkhidmatan di sediakan dalam kawasan Ipoh dan Chemor.

Photo: Raqillah Home Nursing Menyediakan perkhidmatan penjagaan wargamas di rumah pelanggan di kawasan Ipoh dan Chemor.

Monday 3 February 2014

MENGHINDARI KEMURUNGAN

Menghindari Kemurungan

Selepas bersalin, anda mungkin merasa letih lesu, tidak selesa dan kurang tidur. Langkah berikut boleh membantu anda mengatasi kemurungan:
• Dapatkan tidur secukupnya.
Kekurangan tidur boleh memburukkan lagi keadaan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur menyebabkan pusat emosi dalam otak menjadi 60% lebih reaktif. Jadi, carilah masa untuk berehat. Melelapkan mata walau sepuluh minit sekalipun dapat menceriakan anda.
• Bercakap dengan suami.
Jangan malu untuk berkongsi perasaan anda dengan suami. Bila anda berkongsi apa yang anda rasakan, anda akan merasa kurang tertekan. Malah, anda boleh menyertai kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan boleh membantu anda menangani perasaan tertekan dan meluahkan perasaan dan emosi anda dalam suasana yang berpendidikan dan sentiasa memberi sokongan.
• Menangislah jika anda ingin.
Jika anda rasa ingin menangis, menangislah sepuas hati. Menangis adalah satu bentuk komunikasi. Sama ada anda percaya atau tidak, menangis adalah satu terapi yang boleh membantu anda melegakan ketegangan dan tekanan. Menahan perasaan hanya akan memanjangkan kemurungan.
• Makan makanan yang sihat.
Apa yang anda makan boleh mempengaruhi mood anda. Hasil kajian menunjukkan bahawa makanan dengan kandungan omega-3 yang tinggi seperti kacang soya, walnut, tauhu dan sardin boleh menaikkan mood anda.
Bagaimana Kalau Kemurungan
Bertambah Buruk?
Jika kemurungan tidak hilang dalam dua minggu, besar kemungkinan anda akan mengalami sesuatu yang lebih teruk, dinamakan tekanan lepas bersalin atau kemurungan postnatal. Segera dapatkan bantuan perubatan kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia boleh membawa kesan negatif dan memburukkan keadaan hingga menjejaskan pengalaman anda sebagai ibu.

KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN ( MEROYAN )

Kemurungan selepas bersalin, 
Juga dikenali sebagai ‘angin meroyan’, adalah satu bentuk tekanan yang biasa dialami oleh ibu yang baru melahirkan bayi. Ia biasanya dialami dalam masa dua minggu pertama selepas bersalin. Tetapi ingatlah bahawa angin meroyan bukan suatu penyakit dan ia akan hilang dengan sendirinya.

Apakah Puncanya?
Punca sebenar angin meroyan tidak diketahui, tetapi ramai percaya bahawa perubahan fizikal dan hormon yang dramatik dalam badan ibu mungkin mencetuskan perubahan kimia dalam otak yang mengakibatkan kemurungan.

Suami Patut Ingat!
Gejala angin meroyan tidak begitu teruk, tetapi ia boleh membawa mudarat kepada isteri anda. Wanita yang umumnya merasa rendah diri, kekurangan sokongan emosi, dan mempunyai tanggapan salah terhadap peranan sebagai ibu lebih berisiko mengalami kemurungan selepas bersalin. Awasi gejala berikut jika anda rasa isteri anda mengalami angin meroyan:
• Merasa tertekan
• Sukar tidur
• Tidak gemar melakukan aktiviti yang menyeronokkan
• Merasa serba kekurangan sebagai ibu
• Lesu

PERUBAHAN PADA BADAN SELEPAS BERSALIN

Perubahan pada badan selepas bersalin

Badan anda akan mengalami pelbagai perubahan setelah bersalin. Namun, jangan terlalu bimbang kerana kesemua perubahan ini adalah normal. Berikut adalah beberapa perubahan yang mungkin akan terjadi pada diri anda:
• Rahim anda akan mengecil kepada saiz yang asal. Oleh sebab itu, anda mungkin akan merasa sakit di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari. Jangan risau kerana ini menunjukkan bahawa badan anda sedang kembali pulih.
• Semasa 3-4 hari pertama selepas melahirkan anak, terdapat darah berwarna merah terang (juga dikenali sebagai lokia) yang akan keluar daripada faraj. Darah ini akan perlahan-lahan bertukar ke warna perang, dan kemudiannya kuning dalam masa 10-14 hari. Ini mungkin akan diikuti dengan haid anda.
• Perubahan hormon akan berlaku untuk menyediakan payudara anda untuk penyusuan ibu. Penambahan pengaliran darah mungkin menyebabkan payudara bengkak, menjadi keras dan hangat.

SIGNBOARD

Alhamdulillah..signboard utk rumah penjagaan ibu selepas bersalin telah di pasang di sekitar kawasan manjoi semalam..terima kasih kepada semua yang menyokong kami..muga di murahkan rezeki kalian semua..amin..

PENJAGAAN KESIHATAN PESAKIT

Penjagaan kesihatan pesakit ( mandi, cuci luka, beri makan, cuci kahak )

Penyakit
Stroke
Bad sore
P.E.G ( memberi makan terus ke perut malalui tiub )










RUMAH PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN RAQILLAH

RUMAH PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN RAQILLAH
Kepakaran Kami Menyediakan Perkhidmatan Eksklusif, Membantu Ibu Selepas Bersalin dengan penjagaan rapi ketika berpantang dan bayi baru lahir yang disempurnakan oleh anggota yang berpengalaman, yang berkelulusan di dalam suasana rumah yang selesa saperti di rumah sendiri. 

Perkhidmatan yang di sedia membantu ibu menjalani proses pemulihan dan menjalankan rawatan berpantang lengkap seperti:
• Memeriksa kesihatan ibu dari kepala ke kaki
• Mengambil Tekanan Darah, Nadi, Suhu Badan,
• Memeriksa Tinggi Rahim, Luka Bersalin
• Urutan Tradisional memulihan Badan
• Menyediakan Mandian Herba ibu
• Bertungku
• Melulur Badan
• Mengikatkan Kain Bengkung
• Memakaikan Param
• Masakan Berpantang berkhasiat untuk Ibu
• Minuman Herba dan Akar Kayu
• Membasuh pakaian ibu.
• Memberi Nasihat Kesihatan-Perancang Keluarga
• Mengajar ibu-ibu yang kurang berpengalaman menjaga bayi baru lahir dengan sempurna.
• Mengajar ibu-ibu cara pemberian susu ibu yang betul.
Selain itu, Anggota juga berperanan menguruskan keperluan bayi baru lahir seperti:
• Mandian bayi
• Urutan bayi
• Menidurkan bayi
• Menjaga waktu penyusuan bayi
• Menukar lampin bayi
• Menidurkan bayi di saat ibu-ibu memerlukan rehat yang cukup
• Mengawasi kesihatan dan perkembangan bayi seperti suhu badan,
• Menjaga tali pusat, sakit kuning dll.
• Mengemas ruang bayi dan kelengkapan bayi
• Membasuh pakaian bayi dan kelengkapan bayi

PERKHIDMATAN RAWATAN KESIHATAN


BILIK PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN






ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah moga tahun 2014 lebeh berkat. Raqillah Home Nursing telah mempunyai pejabat sendiri di alamat 114, Jalan Perwira, Lot 1127 Kg Manjoi, Ipoh, Perak.(Berhampiran Pusat Pengajian Al-Barakah).
Selain memberi perkhidmatan kesihatan terus kerumah pelanggan, kami melangkah setapak lagi kehadapan dengan menyediakan rumah penjagaan ibu selepas bersalin. Ibu dan anak akan di jaga sepenuhnya dari segi penjagaan kesihatan, pemakanan, pemulihan kesihatan termasuk urut, bertungku, mandi herba , lulur berbarut serta jagaan lain.