Monday 3 February 2014

KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN ( MEROYAN )

Kemurungan selepas bersalin, 
Juga dikenali sebagai ‘angin meroyan’, adalah satu bentuk tekanan yang biasa dialami oleh ibu yang baru melahirkan bayi. Ia biasanya dialami dalam masa dua minggu pertama selepas bersalin. Tetapi ingatlah bahawa angin meroyan bukan suatu penyakit dan ia akan hilang dengan sendirinya.

Apakah Puncanya?
Punca sebenar angin meroyan tidak diketahui, tetapi ramai percaya bahawa perubahan fizikal dan hormon yang dramatik dalam badan ibu mungkin mencetuskan perubahan kimia dalam otak yang mengakibatkan kemurungan.

Suami Patut Ingat!
Gejala angin meroyan tidak begitu teruk, tetapi ia boleh membawa mudarat kepada isteri anda. Wanita yang umumnya merasa rendah diri, kekurangan sokongan emosi, dan mempunyai tanggapan salah terhadap peranan sebagai ibu lebih berisiko mengalami kemurungan selepas bersalin. Awasi gejala berikut jika anda rasa isteri anda mengalami angin meroyan:
• Merasa tertekan
• Sukar tidur
• Tidak gemar melakukan aktiviti yang menyeronokkan
• Merasa serba kekurangan sebagai ibu
• Lesu

No comments:

Post a Comment