Monday 3 February 2014

MENGHINDARI KEMURUNGAN

Menghindari Kemurungan

Selepas bersalin, anda mungkin merasa letih lesu, tidak selesa dan kurang tidur. Langkah berikut boleh membantu anda mengatasi kemurungan:
• Dapatkan tidur secukupnya.
Kekurangan tidur boleh memburukkan lagi keadaan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur menyebabkan pusat emosi dalam otak menjadi 60% lebih reaktif. Jadi, carilah masa untuk berehat. Melelapkan mata walau sepuluh minit sekalipun dapat menceriakan anda.
• Bercakap dengan suami.
Jangan malu untuk berkongsi perasaan anda dengan suami. Bila anda berkongsi apa yang anda rasakan, anda akan merasa kurang tertekan. Malah, anda boleh menyertai kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan boleh membantu anda menangani perasaan tertekan dan meluahkan perasaan dan emosi anda dalam suasana yang berpendidikan dan sentiasa memberi sokongan.
• Menangislah jika anda ingin.
Jika anda rasa ingin menangis, menangislah sepuas hati. Menangis adalah satu bentuk komunikasi. Sama ada anda percaya atau tidak, menangis adalah satu terapi yang boleh membantu anda melegakan ketegangan dan tekanan. Menahan perasaan hanya akan memanjangkan kemurungan.
• Makan makanan yang sihat.
Apa yang anda makan boleh mempengaruhi mood anda. Hasil kajian menunjukkan bahawa makanan dengan kandungan omega-3 yang tinggi seperti kacang soya, walnut, tauhu dan sardin boleh menaikkan mood anda.
Bagaimana Kalau Kemurungan
Bertambah Buruk?
Jika kemurungan tidak hilang dalam dua minggu, besar kemungkinan anda akan mengalami sesuatu yang lebih teruk, dinamakan tekanan lepas bersalin atau kemurungan postnatal. Segera dapatkan bantuan perubatan kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia boleh membawa kesan negatif dan memburukkan keadaan hingga menjejaskan pengalaman anda sebagai ibu.

No comments:

Post a Comment